Thursday, February 25, 2016

Cuti-cuti Boathouse @ Tasik Pedu Day 2...


Hari ke-2 di Boathouse Seri Merong Mahawangsa...
Bangun pagi disajikan dengan keindahan bumi ciptaan Allah ini... agak sejuk dan berkabus pagi nih...


Pagi ni semua liat nak bangun.. maklumlah, malam tadi huru hara dek hujan ribut & serangan hendap nyamuk... bangun pagi cuci2 muka, terus ke dek..habis basah umpan & joran... try nasib... still takde rezeki... 

Ikan yang ditangkap dengan pukat malam tadi yang disimpan dalam bekas pun terlepas dek hujan lebat... huhuu...Pagi tu my bro & andak ikut pegi tengok pukat yang pasang malam tadi, sekor ikan pun tak lekat...mmg betul2 la lebat la... patutla tempias abis dalam boathouse....

pulang dengan hampa....
Ikan baung, antara yang tidak dapat meloloskan diri... selamat kami bawa balik...
Pagi tu kami disaji dengan bihun goreng & air kopi & teh.... En. Amir yang masak pagi nih.. hehehe...sedap...

Dalam pukul 10 lebih camtu, kami pun bersiap-siap packing barang-barang yang dibawa dah kemaskan balik boathouse yg dah dihuru-harakan oleh kami sepanjang kat sana... sian la kat en. amir nak kemas sorang... lepas ni ada group lain pulak nak masuk... group photographer katanya.....


Dua beradik banyak akal...

Seronok depa ni naik turun tangga.. kat rumah tak jumpa tangga... depa seronok, kita yang berderau tengok..
Sebelum balik, amik group photo untuk kenangan..... lepas tu kami pun naik bot kecik balik ke daratan... still kena dua trip... ringan skit tang bekalan makanan la.. abis semua stok.. heheehe....








Sekian saja cerita percutian singkat kami sekeluarga.. mmg best... kalau diberi peluang mmg nak pi lagi.... terima kasih banyak-banyak buat En. Amir & Isteri... terima kasih untuk hospitality... untuk makanan yang lazat.... untuk pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit....kami pasti datang lagi....

Tamatlah cerita 2 hari 1 malam di Boathouse Seri Merong Mahawangsa, Tasik Pedu...

Wednesday, February 24, 2016

Cuti-cuti Boathouse @ Tasik Pedu Day 1...

Date: 16.01.2016

Bulan Januari lepas, kami sekeluarga (Mak+abah, abang sulung+fams, my lil fams, andak+fams) seramai 13 orang telah menghabiskan waktu berkualiti bersama di atas rumah bot yang diberi nama Seri Mahawangsa Boat House di tengah-tengah Tasik Pedu.

Sebelum ni tak tau pun ada boathouse kat tasik pedu.  my abg sulung la yg beria mengajak.  dia pernah dua kali terbitkan cerita pasal boathouse nih kat surat khabar... since dia kenal baik dengan pemilik boathouse nih, dapatla kami book satu malam atas bot tu. dan memandangkan aku sorang ja yg kerja hari jumaat, terpaksa la amik cuti hari tu...huhuu...

Pagi jumaat yang hening tu, berkumpullah semua di rumah my mom.. kami bertolak dengan 3 bijik kenderaan.  first time nak pegi ke pedu nih. dalam perjalanan singgah breakfast di pekan kuala nerang.  ada nat pagi tu... seronok shopping ulam2 kampung.  tu pun nasib baik nak pegi tido boathouse, kalau balik rumah pastu confirmed penuh boot kereta masing-masing... heheee....

sampai di tepian tasik pedu dalam 11.00 macamtu.. en. amir tuan punya boathouse telah siap menunggu bersama wife dia.. sepatutnya ada sorang cook yang ikut serta, tapi staf tu cuti hari tu, terpaksa la wife dia ikut untuk jadik chef kami kat sana untuk hari tu...

Untuk ke boathouse di tengah-tengah tasik pedu, kami perlu naik boat lain ... en. amir la yg kemudi... cuak jugak naik boat tu... hehehe....kami kena buat 2 trip... orang dah sama banyak dengan barang... heheehe... makanan je dah setengah boat.. hehee...





 Perjalanan untuk ke boathouse ada la dalam 5-10 minit camtu... dari jauh dah nampak dah si merah Merong Mahawangsa nih... 

gambar dari tuan punya boathouse

 Kedatangan kami disambut oleh ikan-ikan yang jinak di keliling boathouse nih.. memasing mula la siapkan joran... aku yg tak pandai pun sibuk2 gak.. siap beli joran kat Mr.DIY... pakai sehari ja, pastu sangkut kat tali. bila tarik habis rosak mesin dia.. hahahahaa.....


 Tengah kami sibuk-sibuk lepak kat dek memancing, wife en.amir pun bertungkus lumus memasak kat dapur boat.... sedap gila bau dia..... tengahari tu dapat la kami makan masak lemak ikan baung & pekasam ikan lampam.. ikan2 ni semua dari tasik pedu.... sedappp.. makan bertambah2 memasing....



ikan di keliling boathouse...
 Lepas makan sambung memancing.. nak buat apa lagi kan tengah-tengah tasik camtu.. line tepon tadak, tv tadak siaran... hang tengok muka aku, aku tengok muka hang.. pastu makan, makan lagi.... sebaik bawak kudapan banyak... hehehee...


cuma ikan kat keliling boathouse nih dah kenal mana umpan mana makanan... sepanjang kami kat sana, dua ekor ja dpt.. tu pun my kakak ipar yg dapat dua2... bak kata isteri en. amir, 'ikan kat sini dah kenal jerat, yang sangkut tu yg baru sampai area tu'.. ekekekee....
Petang tu dalam pukul 5, kami pun masing2 turun bermandi-manda di tasik... memasing cuak jugak... perasaan mandi tasik dgn mandi kolam beza.. sungguhpun air dia jernih, tapi takut tu masih ada... semua pakai berpaut pada paip hitam tu ja... yg pi kelas renang pun sama... tambah la kami2 yang tatau berenang nih.... 

umar tanak lepas langsung.. asik melekat ja...


 Sempat mandi sat ja... lepas tu hujan start turun renyai-renyai...

Mr. Hasben test rakit kayu....

Matahari mula melabuhkan tirai...

En. Amir hantar wife dia balik..mlm tu en. Amir stay dengan kami

Malam tu kami bersteamboat...
Malam tu pun kami berkaraoke jugak... tapi Andak & my abg ja yang layan.. yang lain2 dok lepak mancing kat dek luar.....
Dalam pukul 10 camtu semua mati kutu... masing2 masuk bilik.. aku, mak & andak turunkan tilam lepak kat bawah.... lupa nak cerita, boathouse ni ada dua bilik kat atas.. dlm tu ada katil double decker.. sapa2 yang tanak tido katil, bentang tilam ja... 

Mula-mula semua tido diam ja.. sampai la hujan ribut mula melanda.. kami yg kat bawah habis basah dek hujan... sian kat my mom la.. dia takleh panjat tangga...mmg tangga nak naik atas tu menegak semacam... so kami ubah kedudukan kerusi meja kat bawah tu, letak tilam kat tempat yg tak kena tempias.. mr. hasben & andak teman my mak kat bawah... aku bawak umur naik atas....

lepas ja hujan ribut tu, mula pulak serangan nyamuk.. huhuu.. hat ni paling azab... agaknya nyamuk tu diterbangkan dek angin ribut malam tu mai serang kami.. heheehe... betoi2 back tu nature nih... abis semua tido sambil bertepuk tampar dengan gembira malam tu.. hahahaa....sampai ke pagi gak la tak tido.. hahahaa...


sambung Day 2......