Monday, October 10, 2016

Majlis Perkahwinan Pyan & Dhinda di Puri Suryalaya, Bandung, INDONESIA

18 Oktober yang lepas, aku & Mr.hasben berpeluang menjejakkan kaki ke Bandung sekali lagi.  Kali ini kami ke sana atas urusan perkahwinan BFF mr.hasben, Sofyan & Dhinda.  Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.  Indah sekali perjalanan majlis.  Konsep perkahwinan Jawa sebab Dhinda orang jawa.  Banyaklah adat-adat yang dilakukan sepanjang majlis berlangsung.  Macam tengok teater pun ada. Ada lagu, ada sajak, ada tarian. Memang seronok sangat...

Pagi 18/10 tu, seawal jam 5 pagi MUA datang ke bilik.. hahahaa.... gigih hire MUA.  2 minggu sebelum berangkat gigih carik kat IG.  Rupanya banyak gila MUA kat bandung.  Mua yang aku dapat, nama dia Letisia.  Dia pun cakap mmg ramai mua kat bandung.  sebab kebiasaannya untuk majlis perkahwinan, mmg khidmat mua diperlukan.  kiranya package mua dorang complete sekali dengan package katering.  dalam package tu macam2 la yg depa bagi.  mekap untuk ibu pengantin, bridesmaids, lengkap.. cuma pilih ja nak package yang macamana.  ikut pemerhatian, mmg semua yang hadir ke majlis, esp family members & rakan terdekat akan pakai cantik2 and mekap cantik2..pakaian depa wahhh... mentang-mentanglah syurga fabrik....so tindakan bijak jugak aku hire mua...pakai lak baju poplook yg ada sekuin skit kat tangan...kalo tak, terus kalah ngan makcik2 kat sana.. ekekekekeke..... kat sana mekap lebih pada pengantin takkan terjadi sbb macam dhinda haritu, dengan pakaian dia, dengan mekap dia, dengan hiasan kepala dia, mmg stand out abis.... sapa pun takleh challenge....

Majlis berlangsung di Puri Suryalaya..kiranya gedung perkahwinan la.  majlis akad nikah start jam 8.. majlis akad buatindoor.  ada seorang pengacara merangkap floor manager.  dia la yang akan run majlis tu. masa akad pengantin lelaki aja ada kat atas stage.  pengantin perempuan tunggu dalam bilik.  bila dah sah, baru pengantin perempuan akan keluar.  dari situ bermulala upacara adat jawa.  banyak step juga.. seronok tengok benda baru mcm nih... okeh..moh tengok gambar sambil bercerita......


Akad nikah... pengantin lelaki, kadi, dan saksi sahaja time ni

Bila dah sah, baru pengantin perempuan keluar
makcik ni la yang jadi pengacara majlis merangkap floor manager

salah satu daripada beberapa adat yang dilakukan



Mr.hasben & adik ipar pengantin lelaki

kami bersama mak pengantin lelaki... cantik kan mekap dia......

pengantin lama.. ekekeke....
 Usai majlis akad nikah dalam pukul 10 camtu, pengantin masuk tukar baru... parents both pengantin pun tukar baju juga.  tadi parents pakai baju kurung & baju melayu, untuk resepsi depa tukar pakai baju jawa.  cantik sangat...pengantin lagila...complete baju jawa dari hujung rambut sampai hujung kaki... bau bunga melur punya la wangi.. heheehe......

Dalam pukul 11 lebih sikit, semua start beratur untuk perarakan masuk ke tempat persandingan.  kalau tadi akad buat indoor, untuk persandingan buat outdoor.  utk majlis akad, saudara & rakan terdekat saja manakala persandingan ni ramai la yg datang... aturan perarakan masuk dimulai dengan sepasang penari jawa...depa ni nanti akan menari rama & sita masa pengantin dah sampai atas pelamin.... kemudian diikuti oleh seorang lelaki.. taktau siapa tapi dia macam bercerita dalam bahasa jawa. yg paham pun bila part nama ja.. ekekeke... pakcik ni akan bercakap sampai la pengantin sampai ke pelamin.  kemudian diikuti dengan pengantin, both parents, keluarga pengantin perempuan dan seterusnya kami-kami dari sebelah pengantin lelaki.  mula-mula aku dengan mr.hasben ikut jugak, tapi slow sangat.. kami pun keluar barisan, gi amik-amik gambar.. ekekekee.....

start nak beratur untuk perarakan masuk...
pengantin jawa....

start bergerak masuk....

sampai pelamin, pengantin & parents both pihak stay atas pelamin tu sampai majlis tamat.....tarian pun dimulakan...
tak boleh suka-suka naik atas amik gambar dengan pengantin. kena pi kat makcik pengacara majlis tadi, tadi lampu hijau baru boleh naik atas.. amik gambar pun formal punya....
besar & cantik sungguh pelamin depa....

Kami tak tunggu sampai majlis tamat...lepas je makan-makan, nak jumpa amik gambar ngan pengantin pun tak dapat, maka kami pun mintak diri dulu...... tumpang Aulia (member mr.hasben dari jakarta) untuk ke pasar baru... baju semua dah bawa siap...... petang tu sambung aktiviti kat pasar baru saja....

last but not least, gambar untuk kenangan hari tua... ekekee....





-Tamat-