Alhamdulillah.. Last merdeka kami diberi rezeki & kesempatan bercuti ke cameron highlands. Thanks to groupon. Dapat deal menarik utk strawberry park resort.
Maka pagi 30 ogos tu berangkatlah kami 3 beranak+1 dalam perut membelah lebuhraya utara selatan. Perjalanan yang santai sbb bkn nak kejar apa pun. Check in time pun kul 3.. Kira ngam2 la masa sampai dgn masa check in. Dapat bilik 727 @ block g strawberry park. Syukur bilik sgt berbaloi dgn apa yg dibayar. Situation pun sedang elok je. Kiranya walking distance je dgn lobby, cafe, spa & playground... X jauh gak dari main entrance...
Happy ja tgk muka dompot. Mamat tu mmg teruja dpt dok hotel. Tambah teruja bila dpt tengok cartoon dr atas katil.. Sampai bercinta la nak ajak kuar bilik..lepas settled check in, lepak jap kat bilik. Then kuar carik makan since blum amik proper lunch. Dompot lak bantai tido dalam keta. Letih gamaknya.. Tpaksa la tapau & balik lepak makan kat bilik.
Ptg skit pas dah freshen up, baru kuar pusing2 snap gamba kat area hotel... Cantik sungguh pemandangan kawasan sekitar. Dgn pokok bunganya...dgn suasana & senibina bangunannya, mmg ilangla stress yg ada. Smpat bawak dompot main2 kat playground. Tp budak kecik tu x minat sgt playground ala2 wooden camtu..main kejap je. Pastu turun bergambar area spa. Tak masuk la tgk apa pakej yg ditawarkan since memboyot nih.. Cam x brapa nak feel la nak spa bagai.. Just amik gambar kat patio open jakuzzi kat luar tu.. Ada gak gazebo utk outdoor massage. Nampak menarik ja kalo diurut kat luar camtu. Sambil diurut smbil lihat pemandangan. Baru nak feeling2 layan udara sepoi2 bahasa, ujan lak turun. Tpaksa la lari balik lepak bilik.
Lebat gakla ujan ptg tu. so double la kesejukan hari tu. sebaik pas maghrib ujan dah berenti but kesejukan dek hujan awal td tu x ilang. Menggigil gakla masa kuar dinner. Kami dinner kat satu kedai tomyam ni. Ok gak la dari segi food and price wise...nak pusing2 pun tadak apa sangat. Pas dinner, balik hotel ja la layan tv... Camtula sambutan malam merdeka kami. Tatau la plak ada sambutan apa2 ke kat atas tu... Tapi dapat lepak 3 beranak pun dah heaven abis. X perlu pun bunga apa bagai...kami cukup bahagia...tp hormon pregnancy kot, mlm tu dua2 beranak tido mengerekot berbungkus sejuk, ibu mengandung nih kepanasan lak....
Keesokan tu bfast kat jim thompson cafe.. Lobby dekat ja, tp sebab pagi berkabus bagai, sian lak kat dompot.. Berkereta la kami 3 beranak... Food spread ok gak la.. Ada western ngan local... Dompot kalut nak makan kat balcony... Layankan ja... Sedap gak makan sambil layan bukit bukau & pokok menghijau kat dpn...makan slow2 sbb tadak nak rushing p mana pun. Pas makan mr.hasben drive, aku ngan dompot jalan kaki..sambil2 snap gambo...(tp dompot dah delete sebahagian besar gambo masa main my phone..uwaaaa)...
Balik lepak bilik... Packing barang & cat nap jap sementara nak check out...
Kul 12.30 cek out.. Tadak plan nak p mana pun.. X minat lak nak stroberi picking ke apa. Just singgah beli pokok & sayur kat kea farm & pekena tea & scone kat bharat... On the way turun tu nampak keta punya la que nak naik... Brapa kilo tah.. Mmg tangkap nangis la dia punya jammed.. Long weekend katakan.. Sebaik la kami amik tindakan bijak datang a day earlier... Kalo tak sure nangis berjemaah dgn org baru datang tuh....
Oh yea... 31 ogos tu, atas cameron sangat la panas.. Panas sampai tahap berpeluh... Sampai tahap dompot kena tukar pakai singlet ja....gamaknya sbb byk sangat pembangunan kat atas tu & pokok besar2 dah kena tebang utk laluan kpd hotel & kebun sayur...agaknya la kan.. Sbb masa half way nak turun ni, bleh rasa sejuk...mungkin sbb masih banyak pokok2 besar kat bawah...
Tu je la cita cameron...
No comments:
Post a Comment