Thursday, July 25, 2013

budak nak masuk 4 tahun and baby 8 bulan..

Alhamdulillah. Syukur padaMu ya Allah atas rezeki yang tidak ternilai ini..

Dompot bakal masuk 4 tahun 15 Ogos nih.. duduk dgn maktok and tok abah.. belum pegi kindy etc..kami ajar skit2 ja kat rumah.. bukan ajar secara serious pun.. menulis sambil santai2 gitu.. blajar tulis A.. pastu sambung mewarna.. terkejut gak tengok dia pestima mengaler aritu.. elok2 ja dalam garisan...kalo bagi buku otomen, lagi la cepat dia kaler.. tapi otomen kaler rainbow la.. ekeke... as for alphabets lak, baru start minggu lepas..saja2 tulis A-C soh dia tiru... betoi la org kata budak2 cepat absorb.. dia dah bleh tulis and kenal A-C dah... ok la tu for a start... bukan nak force sangat pun.. at least next year pi kindy dia dah familiar dah dgn apa cekgu nak ajar kan....
 
emm... jealous masih menebal.. lagi buat perangai time org dok bagi perhatian kat adik.. time tu mula la dia tantrum..mmgla tu part of his learning process tapi bila dah mama nih takleh nak terima, mulala mulut dgn tangan jalan...hari2 pas solat berdoa ja smoga dia lembut hati skit... and at the same time cuba bagi perhatian sama banyak dgn adik... and cuba luang masa one to one dgn dia esp time adik beradu...harap2 kurang la skit 'perangai' dia.. hehee..
 
Umar pulak dah masuk 8 bulan sekarang.. x merangkak2 lagi pun.. dok menyulur bukan main laju depan belakang.. baru2 ni beli walker yg bulat tu.. sonok lah dia... jalan laju2, pastu angkat kaki skid camtu.. aritu lagila.. bangun berdiri pastu buat aksi lepas tangan... sebaik mak tok sempat sambar.. ekeke...berlagak betoi.. padahal gigi pun belum tumbuh... ekekee.....
 
skrg umar dah start makan protein... dah campur ayam/daging dalam bubur dia... Alhamdulillah, dia suka...bangun pagi mulut dah buat aksi mengunyah sambil bunyi pap pap pap.. tau la dia lapar... sarapan either oat or bubur la.. skrg ni makan dua kali.. pagi skali petang skali.. and bulan posa ni up 3 kali... time org berbuka pun dia sibuk sama... org kalut2 gather kat meja, dia pun bising nak dok sama... letak atas high chair, menyengih ja...tapi snek ja la utk dia.. samada organic cereal biscuit ataupun buah kurma ja la... last Monday dia terjaga time nak sahur.. mak dia bangun, dia pun merengek nak bangun skali.. angkut letak kat highchair.. once dok highchair, start la mulut berbunyik.. bagi la biskut skit kat dia... happy gelak2... adeh umar... kul 5 pagi awak bangun makan... pas settle sahur, my mum bawak masuk bilik, aku start bersiap nak pi keja... bukan bleh tengok mak dia pakai baju.. mula la kalut nak soh angkat dia... dah pandai dah beza baju mak dia pakai kat umah ngan nak berjalan.. heheheee...
 
emmm.. itu la kisah anak2 tercinta... hari2 ada saja benda baru.. mmg banyak yg aku dah missed perkembangan mereka... nak buat cmana, rezeki utk sebumbung masih belum berpihak pada kami..
doa pada Tuhan ja la agar dibukakan pintu rezeki di sana...
 
Aqeel, Umar... mama sayang u both equally....sayang sangat sangat...
 
 
 
 
 
 

Friday, July 19, 2013

miss u guys!!"

Thursday, July 11, 2013

Penyusuan Susu Ibu di Bulan Ramadhan

Oleh Pakar Laktasi HUSM, Dr Zaharah Sulaiman


Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

esok dah puasa...tahun lepas berbadan dua.. terkantoi gak la sehari dua.. mak letihh.. hehehee... tahun ni BF lak.. cam sedia maklum la, bila BF, cepat betoi haus/lapar...everytime lepas pam ke direct feed ke mesti nak carik menda masuk mulut.. slalunya air la... kdg2 ja top up ngan kurma...harap2 posa nih bleh kawal la.. and doa2 jugak agar production tak menurun... masih mahu menyusu umar selama yg buleh....huhu...

dikesempatan ini aku nak mohon maaf atas salah dan silap yg disengaja/tidak.. manusia tak lari dari kesilapan.. mungkin ada kata2 dlm blog ni yg mengguris hati... mohon dimaafkan.....

huhuu.. nak sahur apa esok... bungkus sesiap la japgi.. huhuu.....


selamat menjalani ibadah puasa...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua....

Friday, July 5, 2013

Perkongsian daripada Prof. Dr. Muhaya - Tips Kebahagiaan Anak.

 


v  Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

v  Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

v  Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
 
v  Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
 
v  Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
 
v  Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
 
v  Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
 
v  Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
 
v  Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
 
v  Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Marilah sama2 kita amalkan..