v
Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat
"iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu
kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat
masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah
Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam
urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada
Allah untuk menjaganya.
v
Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu
nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha
mendengar lagi maha melihat.
v
Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita
solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga
selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan
kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak
soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
v
Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni
sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak
sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
v
Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita
tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya
yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
v
Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya
amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan
itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
v
Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali
ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana
kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf
padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
v
Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan
zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]
v
Selalu
ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran
sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang
cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
v
Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati
anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak
dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke
neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras
lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa
buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Marilah sama2 kita amalkan..
No comments:
Post a Comment