Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


harini masih bekerja. sobb.... mcm ni lah tiap-tiap tahun. jadi penunggu pejabat yang setia balance cuti suam-suam kuku...

takpa. hidup mesti diteruskan. bukan esok raya pun. sempat lagi nak cukupkan apa yang belum cukup. cake mau dalam 6-7 bijik lagi nak kena buat. esok marathon dari malam sampai subuh lah nampak gayanya.

sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada nukilan yang mengguris hati atau ada yang terganggu dengan catatan hidup saya selama ini.  maaf zahir & batin. sesungguhnya yang buruk datang dari saya.

untuk yang akan pulang ke kampung, selamat pergi dah balik.  berhati-hati memandu. kalau mengantuk berhenti tidur dulu.  kalau drive malam, berhenti minum kopi dulu.  untuk yang akan berholiday sempena cuti raya ni, selamat berholiday sakan.  lepas raya ni balik bekerja dengan fresh.

Insya Allah, saya akan kembali bertugas pada hari Jumaat 1 Ogos kes tak ada cuti seperti yang diceritakan kat atas .

Selamat beraya sakan korang.  jaga pemakanan, ingatan untuk diri sendiri juga, kawal intake pemakanan.  kang time puasa turun 5 kg, pas raya naik 10kg.. ekekekeke...


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.


1 comment:

FarahFerraDotCom said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin yer.. =D