Cuba tengok dua gambar ini. Hati ibu mana yang sanggup tinggalkan anak dalam keadaan mcm ini utk keluar bekerja.
Atas dasar itulah aku tak pergi bekerja kali ini. haritu umar demam. ini dompot pula. semalam dia start demam. bagi makan paracetamol. selalu dia ok. tapi smpai malam tadi panas tak turun2. kul 10.30pm keluar cari klinik. rasanya memang takdalah clinic 24 jam melainkan hospital swasta kat alor setar nih.. tengah melilau cari nampak klinik mutiara masih bukak. rupanya tutup kul 12 tengah malam. Alhamdulillah sempat. suhu dompot masa tu 39..agak tinggi. dekat kul 12 gak la balik kami dua beranak. mr. hasben keja malam. terpaksa la kami p berdua. umar tinggal kat my parents.
sebelum tidur pakaikan socks yg direndam dalam air + ACV. sambil tido sambil pegang dia. mula2 ok. kul 4am panas balik. suapkan ubat and basahkan badan. nampak gaya cam terpaksa EL juga hari ni. email my bosses and berjagala sampai sekarang. ni dah kurang skit panas dia. lega sikit. malam tadi kecut perut tengok dia menggigil teruk lepas kena air.
takpalah anak. biarla potong gaji sekali lagi. asalkan anak2 mama di depan mata mama time tak sihat macam nih...
1 comment:
owh patut msg tk berjawab.. kesian anak2.. mmg time demam camni kene berada ngan diaorg.. get well soon dompot.. take care mama!!
Post a Comment