Monday, April 13, 2015

Dompot ke Kelas Renang..

Last saturday dompot ke kelas renang. Selama ni dok tanya2 gak mana boleh enrol dia dalam kelas renang. sampai la hari jumaat lepas, my aunt post gambar my kazen gi kelas... terus tanya soalan bertubi2... okeh... cantekkk.. kelas di kompleks renang MBAS. penah bawak dompot ke sini sebelum nih. tapi bagi dia main kolam kanak2 tu ja la... 

hari sabtu terus daftar walk in.  kat kaunter tu cikgu tu tanya dah pilih cikgu mana2 ka? mmg tak la.. ni baru nak mai nak tanya macamana. since dia pun cikgu, maka terus register bawah dia.  daftar isi borang semua. bayar rm155. rm145 utk yuran rm10 untuk pendaftaran. kelas 12 kali. agak berbaloi la.  

since kami datang awal. semangat nih. kul 745 dah terpacak depan kaunter. kelas start kul 8.30. bagi dompot main2 kat kolam kanak2 dulu. sharp 8.30 kelas start. mula2 dia berdua. budak tu pun baru cam aqeel gak. pastu makin lewat makin ramai. bawah cikgu tu ada 9 orang. makin senior makin lambat mak pak bebudak nih hantar.. ekekee... mula tu agak risau gak takut dia takleh nak konsentret sorang2 kan. tapi tengok cara dia handle sorang2, ok la kot. day first ni dia more to pernafasan dalam air... kelas patut sejam. tapi kul 11 baru budak2 nih naik... 

ala... bukan nak soh dompot jadik perenang negara pun. at least dia bleh blajar basic. kiranya kalo gi pool mana2, dia boleh la berenang sorang2 kan... lagi pun ada gak aktiviti luar kelas untuk dia kan.....adik tinggal rumah. kasih chance mama dating dengan abang. lagipun sian gak nak bawak dia. panas situ. dompot naik salin baju pun dah rentung dah... pasni kena carik baju mandi yg tangan panjang lak kat dia...


7.45am dah terpacak depan pintu.. hehee...

 
 
sesi bersama coach mazlin
resit rasmi pertama atas nama dompot

No comments: