Umar demam lagi. Asalnya khamis dia start mild batuk. Tapi jumaat dah kurang. So ptg tu bawak dorang mandi pool kat c- hotel. Sian jugak kat dia lama tak gi pool. Abg dompot ja tetiap weekend tak penah miss. Pool tu utk hotel guests & open juga utk public dgn bayatan rm5 utk adult & rm4 utk kids..okla pool tu..ada dua section. 1 utk kids & 1 lg utk adults. Nanti kalo rajin aku review pasal pool ni.
Okeh jom sambung cerita. Mungkin sbb batuk awal tu or mungkin juga sebab pool tu crowded dgn budak2, sabtu pagi dia start demam. Paracetamol dah abis kat umah. Ibuprofen ada lagi satu. Botol pun belum bukak. Hari sabtu start bg. Ptg tu tengok bibir atas bengkak. Ingatkan semut gigit. 2nd dose lak kaki dia bengkak2. Sekali lg ingat angkara semut. Mana tau dia pi pijak sarang semut gatal ke apa. Mmg tak terlintas pun allergic ubat ke apa sbb sblm ni dia makan ok ja. Malam tu nak tido bg lg satu dos since temperature masih x stabil. Satu mlm la tak tido dok monitor dia. Kejap2 sponging. Tukar wet socks dia. Smlm terpaksa el lagi utk jaga dia. Lantak p la org kata asik cuti ka apa. Ingat balik kata2 ustazah ni, 'anak2 tu tanggungjawab, apa kita buat skrg ni boleh ke jamin apa yg kita nak jawab dgn Allah kat sana nanti?'. So aku pegang kata2 tu. Apa2 hal family first.
Okeh sambung...pagi tu umar bangun dgn bibir bawah pulak bengkak. Bila bak salin diapers dia tengok birdie dia pulak bengkak. Dah rupa ulat mengkuang dah. Pastu baru tersentak. Ini bukan angkara semut. Mesti dia allergic ubat. Benda baru utk umar la ni. Sblm ini ok. Ni baru first time jadi... mungkin sebelum nih ubat banyak yg dia luah, so tak nampak kesan sangat... kali ni ja dia makan cukup dose.. ekekee....
Tengahari tu gi clinic, doc check, mmg allergic dgn ibuprofen... so babai ibuprofen.. pasni paracetamol saja utk awak umar... emm.... terus terbayang budak2 yg pakai gelang ada tag allergic tu.. ekekee... perlu ke kena buat satu utk dia?? hehee....so doc kasik paracetamol & antibiotik utk 3 hari....adehh.. umar..umar... awak slalu buat jantung mama degup kencang la.. heheee....
part bibir atas bengkak |
bibir bawah pulak... mungil dah jadik |
awak punya keja la nih..... |
1 comment:
heh nasib baik awak allert cpt.. bahaya tau main bengkak2 ni.. anw kakak i ada baca ibuprofen ni tk berapa good la.. get well soon anakanda umar!
Post a Comment