Isnin lepas, puasa ke-19... keluar dari rumah lepas subuh... highway tenang... sejuk dan berkabus... sampai di km54, rasa keta bergegar. kelajuan pada waktu itu, 140km/j. rasa tak sedap, terus drop speed... tak sampai seminit, pom, dengar benda meletup... aishhh.. tayar dah nih... bagi signal, terus rapat ke kiri. berenti. kat luar masih gelap.. bukak tingkap ja, jenguk. tak nampak sangat keadaan tayar, nampak kempis and bau hangit saja. Alhamdulillah, Allah masih pelihara hambaNya ini. Selalu kalau tayar depan yg pecah, mmg ada potensi keta akan terbabas. Syukur tak jadi perkara yang tak diingini.
Call plus untuk bantuan. Lepak dalam keta sampai la dalam 10 minit dorang sampai. sian juga tengok keja Polis Bantuan Plus nih. nak kena lintas jalan dengan keadaan highway yg semua kenderaan tengah melaju. bahayakan nyawa nak tukar tayar org kat tepi highway dalam gelap2 camni. Pendek kata, bila2 masa saja boleh jadi kejadian yang tak diingini. Mulia sungguh kerja dorang. tima kasih abam plus ronda.
Kejap ja dia tukar, lepas ucap ribuan terima kasih kat dia, aku pun teruskan perjalanan. Tapi hati masih tak tenteram. tayar spare dah la kaler kuning, kecik la tu dari tayar hat lain. mmg drive rasa tak stabil. baru suku jalan pun takde nih... so instead ke penang, aku kuar exit pendang. patah balik ke alor setar. takpa la.. better abis cuti dari sorry kan... selamat sampai kat umah dengan kelajuan 70km/j. mmg bawak keta sambil berdebar2.. ekekeke...
semalam dah tukar empat2 bijik sekali. nasib baikla dah tukar rim 15".. harga tayar mesra poket lagi. kalo saiz 16" dulu, nangis la.... ni dah kurang sikit la duit belanja raya. takpala... jimat la kat mana boleh jimat.. yg penting raya kat kampung... gila la sapa yg saran takyah balik beraya kat kg sbb nak jimat tu... iskkk.. kurang kasih sayang gamaknya dia tu....
2 comments:
haha laki aku td.. tgh drive kempis tayarho! terus tukoo.. nasib sempat balik bebuka.. dugaan...
i wanita sopan, kena call abam polis bantuan.. heheehe...
Post a Comment