Saturday, August 4, 2012

Suka duka 25 minggu kehamilan

Kandungan sudah masuk minggu ke-25.. Blh dikatakan mengandung kali ni agak mencabar dan banyak dugaan yang terpaksa kutempuh...

Bermula dengan morning sickness yg agak teruk berbanding dgn kandungan yang pertama-morning sickness free..masuk bulan ke-3 barula hilang.. Turun jugakla 3kg masa tu..

Dugaan ke-2, kemalangan pada 23 May 2012 diusia kandungan 4bln.. Kemalangan ketika dalam perjalanan dari kg ke tempat kerja. Tempat kemalangan: KM63 lebuhraya utara selatan menghala selatan. Lebih 10 tahun memandu, tu la 1st time terlibat dalam kemalangan. My car skidded dek air hujan yang bertakung. Berputar 2-3 kali & berhenti apabila melanggar bahu jalan. Dalam hati hanya berdoa agar diselamatkan oleh-Nya. Alhamdulillah tiada kecederaan cuma kereta rosak teruk. Sbulan dlm wshop. Nasib baiklah insuran cover. bayaran kpd wshop: RM4300. But still lepas dpt kereta, banyak yg perlu ditukar sendiri. Busuk2 pun melayang gak 1k duit poket..

Rentetan dari kemalangan, bermula la siri lawatan ke clinic & spital. Sampai naik letih nak tayang perut utk diperiksa.. Mula2 doc kata uri turun bawah. Mungkin sbb hentakan smasa kereta berpusing. 2 minggu lepas kemalangan. Sakit yg agak teruk dibahagian bawah perut. Dan diiukuti dengan bleeding. Pegi spital, doc scan & suspek ada pendarahan kat dalam. Mengikut report yg ditulis doc: Threaten miscarriage.
Alhamdulillah skali lagi, degupan jantung bayi semua ok. Tapi masih kena follow up dgn pakar. Lepas 2 siri lawatan le spital, doc found out ada ketulan cam fibroyd. Ya Allah, satu2 dugaan yg kuterima. Cuma dari pantauan doc slama 2 bln, saiz tidak membesar. So katanya tak perlu risau. But still, buku merah skarang sudah bertukar sticker, dari putih kepada hijau.

Last week skali lagi aku ke spital. Sakit di V area. Sampai nak bangun or bergerak pun sakit.vjln byk pub sakit. My mom takut peranakan jatuh ke apa and insisted aku pi cek. Risau la jugak sbb sampai nak mengiring dari satu posisi ke posisi bertentangan pun hazab. Kat spital, dok cek dgn alat yg menyakitkan itu utk lihat keadaan serviks etc & kena amik air kencing utk di test. Keesokan paginya nurse called skali lagi. Katanya result test air kencing ada jangkitan kuman & minta pegi sana skali lagi utk test lagi. Result belum keluar. Nanti depa call.

Aduih... Demi mu anak... Penuh buku merah kali nih dgn catatan doctor. Annual leave tinggal 2-3 hari. Rekod MC dah berderet tahun nih... Dugaan2... Semoga hari2 yg mendatang dipermudahkan oleh-Nya. Semoga kau jadi anak yg membahagiakan kami ibu bapamu satu hari nanti...

1 comment:

Ayu Katerina said...

bykkan bersabar ... insyaallah ko akan dpt melaluinya... ameen..