Friday, July 25, 2014
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Wednesday, July 23, 2014
update on baju raya
okeh...bab baju mak ayah dah selesai...taksat pegi amik baju yg upahnya double dari harga kain...bertabahlah...sebaik dia kata dia dah nak pindah...pasni cari tailor lain la..
mr.hasben pun kat kedai tailor baju melayu dia...punya la lama hantar sampai lupa kain kaler apa. lawan wasap gambar nak confirmkan pulak...yg aku ingat masa beli tu ikut bunga baju kain yg beli kat medan nih....bila acukan dua2 gambar..emmm...betoila kot...
ni baju anak2 blum tau apa cerita lagi. pas gi amik baju dia baru nak pi tailor makan hati tu lak....harap2 siapla..
wahhhh...dah nak raya
Alhamdulillah..banyak yang dah settled. baju kasual anak2, sepersalinan raya parents top to toe dah tersedia. walaupun dalam serba sederhana janji semua happy. bulan ni duit mengalir agak laju dari biasa. dgn persiapan raya. dgn keta mintak perhatian lebih. huihhh...terasa gak la penangan dia.
my bopren merah tu dah nak masuk 8 tahun usia dia. dah banyak bakti dia usung aku pegi balik keja. my teman suka & duka. mmg heavy duty sangat. mmg wajarla dia buat perangai sikit. skrg ni kami dah membuat kira2 utk let him go. anak dah 2. pintu dua nih dah x sesuai dah. x mesra org tua jugak. kdg2 sian tengok parents susah nak kluar masuk. tgkla...pas raya ni kalau ada rezeki kita amik la ahli keluarga baru. carik yg wallet friendly ja la.
berbalik dgn kisah baju raya, ada lagi yg belum settled. baju 1st day raya kami anak beranak. my baju 3 pasang. 1 hantar balik alter kat tailor. gedobos sangat. baju kurung moden tapi loose cam baju kedah. auntie tu kata mungkin sbb aku loose weight. tapi agak2 la auntie. kurung moden loose sampai tahap leh sarung tanpa bukak zip mmg agak sesuatu la. 1 lagi tengahari ni nak p amik. semalam pegi fitting mmg elok terletak dgn badan. tailor ni aku dah pesan dulu soh buat fit. iya2 ja yakin leh kurus...ekekee...alhamdulillah ni ok. 1 lagi tailor kat perlis. yg ni tatau apa cerita lagi. dah soh mr. hasben gi tgk. sampai harini x pi2 lg. bz mengalahkan menteri. tu la cerita my baju raya.
baju mr.hasben, dia lom amik. baju melayu anak2, yg ni pun slalu buat darah naik turun. hantar dah berkurun. last week mr. hasben tanya x siap2 lagi. katanya minggu nih. tengok la cmana. kita punya iya2 semangat beli kain awal. dgn harapan baju raya anak2 tahun ni decent sikit. selalu beli siap x kena saiz. kaler lari. ni jd camni lak padahal dati bulan 4 dah antar. ni la kalau kita serah bulat2 x pi follow up apa. org pun buat halal balal la dgn kita. dulu dah kena sekali dgn tailor nih. my baju. makan bulan nak siap. padahal bukan musim raya pun. masa tu dalam pantang. buat baju utk pakai keja. dah masuk keja sebulan baju still x siap. kalo aku tau mr. hasben nak antar baju anak2 dgt tailor nih, mmg takkan bagi la. adehhhh....sekarang semuanya dah terlambat. ni dah pesan kat mr.hasben, kalau arini x siap gak, amik balik kain. no point kalau dia siapkan lepas raya. baju melayu kot. bukan budak2 ni nak pakai hari2 biasa. kalau betoi x siap, jenuh nak gagau tang mana baju bebudak last2 minute nih. huhuuuuuu....stress!
sebaikla baju raya my parents dah settled. lagi x cukup persalinan mak abah nih jiwa x tenang. depa bukan nak benda mahal pun. apa yg kita bagi, dah berbunga2 hati depa. suka tengok dorang happy. ingatan utk diri sendiri juga, depa pun bukan lama lagi dgn kita. sebelum kita atau mereka menutup mata, berbaktila. apa kita makan, depa makan. depa dah banyak berhabis utk kita. now masa kita pula buat yg sama...
itula cerita my persiapan raya. walaupun ada hiccups sana sini, harap2 semuanya bleh settle by minggu nih. minggu depan dah nak raya. 6 bijik butter nak nak kena buat. my aunts order. rezeki..rezeki. leh la buat duit raya bebudak...hehee....
Tuesday, July 22, 2014
Oh My Rayban!
semalam repeat ke clinic sbb batuk belum baik2 lagi. ubat batuk dua tiga jenis siap dgn antibiotik pun masih x baik2 gak.. rasanya sbb puasa sama kot. bila time berbuka, godaan air berais x dpt nak lawan..cuma cuba amik dgn moderate aja. buat lepas teringin...hehehe..
berbalik masa kat clinic...satu kejadian yg mendukacitakan telah berlaku. sedang aku mengejar umar yg nak lari keluar dari bilik doctor, tiba2 my aviator yg tercongok atas kepala melurut jatuh ke belakang. yg last aku nampak, kaca2 berderai di lantai & sebelah dari bingkai terlopong...huhuhuuu....why?? why?? kenapa jadi dekat2 nak raya nih? mana nak sempat hantar repair...raya ni nak pakai spek apa?? my uncle kata dia masih simpan cermin rayban asal. kami gi beli sekali aritu. tapi dia tukar cermin berkanta sebab mata dia rabun. harap2 saiz sama la..kalo tak tak sonok dah la kalo kena tukar yg tak ori...huhuhuu....
Friday, July 18, 2014
Takziah MH17
innalillah....selepas 120 hari kejadian mh370, ni mh17 pula. mh17 merupakan penerbangan Malaysia dari Amsterdam ke kuala lumpur dan dijangka tiba dalam jam 6am pagi ni.
bangun utk sahur dikejutkan dengan berita ni kat tv...terkejut sangat2....
menurut berita harian metro " Interfax melaporkan pesawat 295 org penumpang itu dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk'
Ya Allah..Dugaan Ramadhan. Takziah kepada waris penumpang.
Al-Fatihah...
Friday, July 11, 2014
baju raya + sampul duit raya...
Wednesday, July 9, 2014
uhukkk...
dugaan bulan puasa...demam skali pakej batuk selsema since last friday. makan ubat batuk yg dah ada kat umah ja. tu pun kalau ingat baru makan. tanak bergantung dgn ubat sangat sbb masih BF umar. kang dia tumpang lalok.
ni dah 5 hari x baik, gagahkan diri gi clinic panel. doctor ganti rasanya arini. muda cam baru lepas grad...hehehe...dia cek, temperature mmg demam, 38.1, pastu anak tekak mmg confirm bengkak & dada macam nak penat..mmg la rasa cam nak penat. asik batuk dada pun rasa sesak.... makan dpt lah ubat sebeban siap dgn antibiotik lg. doc kata makan 3 kali satu hari. tapi aku bgtau kata puasa. so dia kata adjustla bg cukup 3 kali. maknanya makan time bukak puasa, pastu kul 12 camtu & skali lagi masa sahur. ok beress....
ni buat keja dgn tak selesa sekali. keja pulak bertimbun. kalo tadak keja, mmg akan mc ja arini. x tahan batuk ja. skali batuk mmg susah nak stop...siksa oooOooo...
Dugaan...
Friday, July 4, 2014
Mingguan Wanita Edisi Khas
the red kotak |
isi perut kotak ;) |
MashaAllah...Hebatnya anak ini...
terharu..sebak.. meleleh-leleh air mata... subhanallah... Adik Musa, 5 tahun dari Bangka, Indonesia sudah boleh menghafaz 29 juzuk Al-Quran... bahagianya org tua anak ini...sejuk perut ibunya...
Semoga anak-anakku boleh jadi sehebat ini... Insya Allah...
Tuesday, July 1, 2014
Baju raya - my 5th poplook piece
abbie maxie dress in cobalt blue... & card pandangan depan |
kad comel pandangan belakang... |