Entry tertunggak nih.....
Alhamdulillah...hajat nak bawa my parents pergi bercuti tercapai jugak. walaupun percutian singkat & ada hiccups gak sebelum bertolak tu, Alhamdulillah, Allah mudahkan dari mula bertolak sampailah balik semula ke rumah. Kat sini kita cerita yg best dahlah ekkk sbb ni mmg percutian yg best.
pilihan ke langkawi mmg pilihan yg tepat sbb mak abah last pergi sana masa aku tingkatan 3...hahahaa....pendek cerita 20 tahun dahulu..haaaa....dah tua rupanya diri ini. masa tu pegi dgn sedara mara...my parents walaupun tak tunjuk, tp dr air muka dorang leh nampak gembira nak pegi bercuti. last bawak dorang jalan2 pun masa gi kl time ngandung kat umar. umar pun dah masuk 2 tahun.. ekekee...
kami naik ferry dr kuala perlis. tambang dewasa rm18, dompot rm13 & umar bawah 3 tahun so free. warga emas tadak diskaun...:p sampai jetty kuah, mr.hasben call member dia.Our last langkawi trip pun sewa keta dr kenalan member dia. dpt lah harga kawan2. & since kali ni bawak kerusi roda utk mak, kami request utk keta boot besar yg agak2 muat utk bag, kerusi roda & stroller umar serta hasil tuaian kelak. hehee... maka dapatlah kami kereta yg baru keluar sebulan menurut owner dia iaitu Mitsubishi Attrage Eco yg super awsome!! mileage yg tercatat kat meter baru 2900km...kereta yg best gila bertransmisi automatik ini amat sedap dipandu. ringan, stabil, cornering kat jalan berbukit pun smooth ja. & yg penting amat jimat minyak. dah nama pun eco kan... sepanjang 2 hari 1 mlm kat sana kami hanya isi rm20. dengan ulang alik kuah-cenang beberapa kali...siap round island lagi, mmg betul2 jimat minyak lak kereta nih..lupa nak tengok brapa km mileage masa return kereta tapi masa return meter minyak ada lagi 60km.. oh ya..kami dapat sewa dengan harga kawan2..rm80..masa ni still musim cuti sekolah. bila dpt harga camtu mmg happy.
amik keta terus p lunch kat tempat peberet kat area padang mat sirat tu. since smpai awal dptlah ikan siakap fresh sekor. bila fresh ni, bakar camtu pun dah sedap. total lunch rm50 utk 5 org makan. consider murahlah sbb ikan agak besar & fresh. amik sotong apa bagai lagi. lepas lunch gi bakery sebelah. beli bun super lembut & sedap utk kudap2 dlm bilik.
usai lunch terus ke hotel. ada problem skit dgn bilik. masa fax surat & payment slip tu sah2 dah request connecting rooms kat groundfloor. dah bagitau pun ada guest takleh naik tangga. dia nak bagi connecting kat 1st floor. mana boleh. mmg my mum xleh panjat even 1 floor. kalau takat naik skali takpa gak. ni nak kluar masuk mmg thanks but no thanks lah. insisted nak bilik ground floor. tapi ada satu bilik ja tinggal. oklah. bg my parents dok bilik tu, kami amik bilik tingkat 1. dpt bilik kat corner. sebaik luas jugak bilik tu...
lepak2 jap & kluar balik nak beli mineral water & susu umar. my parents nak relax kat bilik. so kami2 ja keluar. dua beradik masuk keta terus zzzz... sempat gak dating dgn mr.hasben makan laksa, rojak & minum ayaq nyok sambil tgk kapai terbang naik turun. sibuk gak airport langkawi nih. .total damaged utk ptg tu rm12. rojak yg agak sendu sama harga dengan laksa...untung betoi org berniaga kat sini.
balik bilik bagi bebudak sambung tido sat. dlm kul 5 lebih bawak mak abah & dompot turun pool. umar sambung lena diulit intan kat bilik dgn mr. hasben. seronok la dompot. berani betul dia skarang. kejap2 selam. asik tenggelam timbul ja dia. dah berani mcmni, bleh la consider utk hantar dia gi swimming class. dlm kul 6 camtu call mr.hasben soh bawak umar turun. kang lambat x sempat dia mandi kolam. mak abah lepak tepi pool while kami berkubang. lega rasanya dpt turun pool. last trip tengok ja depa2 ni bergumbira. kali ni kasi chance la kat mak depa pulak. hehehee...
mlm kluar dinner kat kuah...pfftt...salah kedai..dah la order lain dapat lain, mahal lak tu. tanak sebut nama jauh sekali nak rekemen. pas dinner lepak kejap kat dataran lang.. ni first time kami semua sempai sini.. amik2 gambar.. lepak jap.. then balik pantai tengah...hantar mak abah balik, kami nak jalan2 chenang. masa tu ada buskers festival. tapi bila sampai even dah abis. maka baliklah ke sarang & tintok..letih bangun awal pagi & letih berenang kat pool.
...end of day 1