Friday, December 30, 2011

Kosong Vol.8

Kul 12.37 mlm..Cepatlah siang.. Tak sabar nak balik jumpa my heroes...

Thursday, December 29, 2011

Tentang Dhia Finale

Dah abis dah cita ni.. Tak rugi rasanya aku unbanned balik... Heheee...

Penutup yg sweet walaupun dedua meninggal side by side.. Tak semestinya kalau org jahat (mak mertua dhia) akan dibalas dgn jahat.. Kalau in real life, tengok anak dia sendiri mati pun dah jadi punishment paling hazab sepanjang hidup dia..

so, kira oklah crita nih...tak typical cam kebanyakan crita lain i.e. org jahat mati accident or hero & heroin hidup aman bahagia ever after... Hehee...

Now dah tamat pun..pasni kurang dah satu aktiviti aku petang2... Hehee

--------


Wednesday, December 28, 2011

Hujung2 penghujung tahun..

Hari ni dah 28hb... Lagi 2-3 hari dah masuk 2012.. Tahun bertukar, usia pun bakal bertambah..ada resolusi yg dah dilaksana, ada lg yg masih terbengkalai..

Salah satu benda wajib kena buat:I reaallly kena jaga makan minum & eksesais...senang cakap, aku perlu shed few KGss..i hate to see my recent trip's piccasss.. Gumuknya... Gambar yg berpandangan cantik pun terus jd buruk...uwaaaa... Gumuknya sayeee...kena lebih berdisiplinla pasni.. Aku dengan ini berikrar: akan kembali ke phuket next year with my new figures.. Tahap bleh pakai bikini dgn confident yg tinggi... Hahahaaa... Berusahalah sellaaa..

Pencapaian lain, alhamdulillah la..tadakla sampai tahap mengecewakan..Saya happy dgn apa yg saya ada skrg..

*** syahdu lak bila dah penghujung tawon camni...

Monday, December 26, 2011

Phuket, will be missed

Alhamdulillah.. Dah slmat smpai Malaysia...percutian yg sgt bermakna..

Terima kasih suami...

Sunday, December 25, 2011

Phuket la pulak


Tukar plan.. Asalnya nak p islands hopping. Tp last minute ubah pikiran..

Maka ke phuket la pulak kita..

Cari hotel sangatlah mencabar sbb tak book awai.. Mmg tadak plan pun nak smpai sini. Kena lak krismas ni.. Punya la ramai...last2 dpt la 1 kat patong ni...

Hotel muslim.. Okla bilik dia.. Ni relax satkat bilik.. Satgi nak p mandi pantai...

From krabi with luv


Alhamdulillah.. Dah selamat smpai krabi..tolak kul 9, kul 5 ptg td slmt smpai hotel.. Spanjang jln singgah macam2 tempat.. 1st time bertrip dgn my uncle & fams.. So far sgt enjoy..

Yg bestnya our hotel ni opposite dgn market.. Tadi dinner pun kat situ.. Pulut ayam, phad thai, nasi kuning semua pun besh.... Satu yg sonok pasal krabi, makanan sgt murah & senang (halal) compared to phuket.. Mungkin sbb ramai muslim kot kat sini..

oh ya,buah kat market tu pun murah.. Nenas baru lima kupang sbijik.. Td beli jambu bati cam kat our R&R pun murah. Skilo baru 5 inggit.. Mungkin ni area town. Bkn tmpat tumpuan tourist mat saleh sgt.. Depa pakat doklepak au nang nunnn.. Td pegi jenjalan punya la ramai.. Nak2 mlm krismas.. Yam poiii la memasing tunggang langgang..

Esok berkira nak island hopping.. But dgn budak kecil, dgn cuaca x menentu, iskkk.. Kena pk dulu lah..mungkin pegi nAik boat pusing tasik ja kot......

Friday, December 23, 2011

kami nak bercuti....

tak sabarnya nak tunggu esokkk..... road trip pastinya... yayyyyy....



Thursday, December 22, 2011

SBPA - Ditangguh..

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

Sumber: UTUSAN


adehhhh...tangguh la pulak.... emmmmm... dok dendiam dulu la borang opsyen tu dalam laci......

Wednesday, December 21, 2011

Kosong Vol.7

Sunyinyaaa..

WW: macho camni pun org kata gegirl!

Monday, December 19, 2011

Kampung @ Satun, Thailand

Last saturday kami balik kampung mak mertua (mr.hasben's step mother) kat Satun, Thailand. Perjalanan adala dlm 30mins dari Wang Kelian. Kalini kami x drive. Naik ngan adik ipar. Sonok gak skali skali dok belakang..

Sampai kat sana, mak & ayah mertua tadak. Dorang dah gi kolam ikan kat hutan belakang rumah. Kamipun letak bag, terus menyusul. Jarak adala dlm 200m gitu dari umah nenek. Pengalaman baru buat dompot la. Jalan susur tepi tali air & masuk kebun getah.

Sampai2, whoaaa.. Besarnya kolam ikan... Ingatkan kolam kecik cam kat depan umah ja. Oh ya.. Dpn umah nenek ada kolam ikan gak. Katanya tu kolam ikan bawal darat. Rupa ikan tu wallahualam..hat ada dlm kolam tu katanya baru besar tapak tangan...Back to kolam besar dlm hutan tu, sampai2 dorang tengah menjala. Dpt ikan talapia ja. Ikan bawal tu sekor pun x naik pasal alat penangkap khas untuk ikan tu pecah. Pakai jala mmg x dapat la.. Rasanya penuh guni gak ikan dorang tangkap..

Dah setled bawak naik ikan, jalan balik la ke rumah nenek. Mulala sesi siang ikan. Akak tengok ja. Tak pandaila dgn ikan talapia nih. Crita pasal siang ikan nih, mmg tabik la dgn sedara perempuan mak mertua. Pakai belakang sudu ja siang sisik ikan. Laju lak tu. kejapan ja ikan seguni dah siap siang..heheee..Lupa nak crita, mak mertua ada 16 org adik beradik. 3 dah meninggal. So, masa kitorang pegi tu, ada dlm 5-6 org gak datang rumah tolong masak. Takleh bayang kalo 13 org kumpul plus ngan family masing2.. Sure meriah gila. Hehe..

Tengahari tu kami makan talapia bakar & kensom plus ulaman. Gila memasing bertambah tak hingat. Kensom diaa..perghhh.. Masa dok type ni pun masih terasa kelazatan dia. Mmg terbaik lahhh..masing2 bersandar kekenyangan pastu...Kul 5 camtu tolak balik la. Pasal border wang kelian tutup awal. Kang kuar malam jenuh melompat kami laki bini. Keta dah la tinggal kat border.. Hehee..

Trip kalini mmg sonokla. Slalu pegi thailand dok hala ke tempat pelancongan ja. Slama ni asik tak jd je ikut ayah balik sana. Ni first time rasanya bebetoi mixed around dgn locals. Sedara lak tu.. Pengalaman baru utk dompot & kami juga. Oh lupa.. Family mak semua takleh ckp melayu. Main hangguk2 senyum2. Mak la tolong translate.. But dorang sangat besar hati.. Pasnih mmg rasa nak pi lagi.. Heheee..

Itula serba sikit cita percutian keluarga yg short & sweet.. Ni gambar kat sana. Rugi lupa bawak camera. Sempat snap pakai phone sblm batt kong.. Nak charge takleh, suis depa lain. Lupa bawak Universal adapter..hehee

pemandangan depan umah nenek
belakang rumah - jalan kaki ke kolam ikan besar
the kolam ikan..ada talapia & bawal darat
rumah nenek.. dinding buluh rasanya... sejukkk
sesi siang ikan talapia
will be missed.....

Thursday, December 15, 2011

Roti best

Since tadi dan lunch nasik, dinner mlm ni ingat nak amik yg lite saja. singgah tigermart nak beli waffle gardenia. Nampak roti nih.. Product baru dari silverbird rasanya pasal sblm ni x penah nampak.

Actually i'm not roti krim fan tapi yg ni, dari packaging dia dah nampak sedap.. Nama dia FUDGEEZ-choc roll with choc fudge cream... Menerujakan... Harga singgit, but harga pengenalan kot, pasai lekat dgn sticker ja..

Dan rasanyaaa: SANGAT SEDAP!!! Sirrrieesss tak tipu. Sangat choc.. Tak manis sgt.. Kira pass la.. Mmg kena beli lagi dan lagi la pasni....

Mempersembahkah:
Fudgeez

Wednesday, December 14, 2011

My babies: 1st batch

Berbudi pada tanah, confirmed ada balasannya.. Alhamdulillah.. Lepas ulaman kami last saturday...

Tuesday, December 13, 2011

Yang Di Pertuan Agong ke-14, Sultan Kedah

Arini berlangsung Upacara Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke-14, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Sultan Kedah)

Katanya ada live kat TV1 harini. Aku dah missed. Rasa rugi betoi x dpt saksikan majlis bersejarah tu. Our beloved Sultan ditabalkan sebagai YBP Agong buat kali kedua.. Sejarah. Weh..

Tingat masa darjah 6 dulu. My tuition teacher, Mr.Goh pernah ckp: "in 20 year time, our Sultan will jadi Agong for the second time. Kalau kita atau Tuanku panjang umurlah." hehee..and Alhamdulillah, cerita 20 tahun dulu dah menjadi kenyataan...

Daulat Tuanku..

Kekurangan Motivasi

dekat2 nak ujung tahun nih,  motivasi pun dah sikit lagi nak kelaut.... how i wish ada lagi cuti 4-5 hari...

sebaik la weekend ni opis mr.hasben buat family retreat kat waterpark.. leh la bersuka2an dgn dompot kat kolam... dah lama tak bawak dia mandi kolam.....tapi dilemma gak nih....hari sama gak kenduri my big boss... cam tak sedap lak kalo tak pi.. adehhhhh......

and next weekend tu lak, plan nak coti2 di kepulauan sinun dgn my uncle's family..... sian lak nak kensel....dorang excited nak pi...adehhhh.... skali lagi, kalau lah cuti aku ada lagi 4-5 hari.. hehehehee...

Thursday, December 8, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Dah hujung2 tawon nih, org2 gomen semua dah start sibuk dgn skt la...sistem saraan baru la... sana sini semua dok sibuk dgn SBPA nih..part yg org paling concern, gaji & umur persaraan... macam2 versi ada.. ada yg kata camtu, ada yg kata camni.. yg came up dengan version teori senirik pun ada.. adehhh..
 
arini baru dpt tengok pekeliling.. paham la skit sebanyak apa dia SBPA nih.. ok la.. ada penambahbaikan dari sistem lama...... nih link pekeliling tu:

PEKELILING PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN


as for me, keja la dgn sepenuh hati.. kenaikan gaji etc nih, as rewards ja.... rewards utk kita bekerja dgn lebih bersemangat lagi....

Wednesday, December 7, 2011

Sembang-sembang petang

Kadang2 kita kena jadi sensitif.. Fikir apa perasaan orang..fikir dulu, perlu ke tak perlu or betul or tak betul tindakan kita tu. kadang-kadang apa yang kita fikir betul tu, tak semestinya betul. Dan yang penting, apa implikasi tindakan kita tu? Tak terluka kah hati orang tu dgn tindakan kita?? Pokok pangkalnya, fikir dulu sblm bertindak.. Terlajak perahu....camtulah lebih kurang.. Ingatan untuk diri seniri juga di masa hadapan..

Adehhh.. Sunyi!!

Tuesday, December 6, 2011

Tahniah buat Ayu & Ajak

dah 2 bln lebih i bertahan2 nak tulih menda nih... alhamdullillah... tahniah my fren... .usaha tanpa jemu kalian telah berhasil........ tak sabarnya nak tunggu  ko gemuk baby gebus lahir......

buat ayu:  as i always ckp kat ko, jaga kandungan.. jgn stress stress.... and makan like theres no tomorrow.. ekekeke...

buat ajak:  jaga bebaik kawan aku tuh... sila ingat, perempuan mengandung adalah sangat sensitip.. jaga perasaan dia yekk.. and bebanyak bersabar.. ekekeke...

wahhhh.. lega bleh tulih kat public dah.... letih tau simpan2 rahsia...

apa2pun, am happy for u both..... pasni kita sembang bab mommy2 lak.. heehehehe...

ni aku jumpa... sila amal ye...

10 Muharram: Hari Asyura'

Perkongsian Ilmu:

The Day of Great Signs of Allah’s Power and Glory

By Allama Muhammad Shahid Raza (M.A)

Head Imam, The Islamic Centre, Leicester

Ashura day is the 10th day or Muharram (the first month of the Islamic calendar). Since the beginning of this world, Ashura day has been a very important day. On this day great signs of Allah’s power and glory have appeared in the world. On this day many Prophets were born and they were instituted to the office of prophecy. On this day, Prophets, Saints and Sincere servants of Allah were blessed with miracles and spiritual powers.

On Ashura Day the following have taken place:
1. Repentance of Prophet Adam (Allah’s blessing be upon him) was accepted by Allah
2. The ship of Prophet Nuh (Noah) (Allah’s blessing be upon him) came to rest on a mountain called Al-Judi.
3. Prophet Ibrahim (Abraham) (Allah’s blessings be upon him) was born on this day.
4. He got the title Khalil-ullah (friend of Allah) on this day.
5. The fire in which Prophet Ibrahim (Allah’s blessings be upon him) was thrown by the king Namrud become cool and means of safety for Prophet Ibrahim, by the order of Allah.
6. Allah delivered Prophet Ayub (Job) (Allah’s blessings be upon him) from distress and he was restored to prosperity.
7. By the Grace of Allah, Prophet Yunas (Jonah) (Allah’s blessings be upon him), after being swallowed by a huge fish (whale) for forty days, was casted out on the shore.
8. Prophet Mussa (Moses) (Allah’s blessings be upon him) got victory over Pharaoh.
9. Prophet Suleman (Solomon) (Allah’s blessings be upon him) was made a king to rule over mankind, Jins, Animals and the air.
10. Prophet Idris (Enoch) (Allah’s blessings be upon him) and Prophet Issa (Jesus) (Allah’s blessings be upon him) were lifted up alive.
11. Imam Hussain (Allah be pleased with him), the grandson of our beloved Prophet, got martyred at Karbala in Iraq.
12. The day of resurrection and judgement will take place on this day (Ashura)
(Ghunia-Al-Talibeen & Tafseer-e-Sawi)


Things to do on Ashura Day
It is Mustahab (desirable) to practice the following on Ashura day:
  1. To give to charity
  2. To offer Naf’l (optional) prayers
  3. To read Surah Iklas 1000 times
  4. To visit rightful Ullamas (Islamic Scholars)
  5. To take a bath
  6. To be kind to orphans
  7. To provide food generously to family members
  8. To apply Surmah (Collyrium) to the eyes
  9. To cut nails
  10. To visit the sick
  11. To Invoke blessings (Dua)
  12. To commemorate the martyrdom of Imam Hussain (Allah be pleased with him)
  13. (Fazial Al-Shahoor Wal Ayyam)
Prayers for Ashura Day
1. Perform 2 rakaats Naf’l prayer, after having a bath. In each rakaat recite Surah Fatiha once, Surah Iklas 10 times. On completion of the prayer recite Ayaat-ul-kursi once and Darood Ibrahim 9 times followed by the Ashura Day dua.
2. Perform 6 rakaats Naf’l prayer.
In each rakaat recite the following once:

  1. Surah Fatiha
  2. Surah Wa-Shams
  3. Surah Qadr
  4. Surah Zulzilah
  5. Surah Iklas
  6. Surah Falaq
  7. Surah Na’as
On completion of this prayer read surah Al-Kafiroon once in Sajdah and then invoke the blessings of Allah. It has been written in Ghuniya-Al-Talibeen that after performing this prayer whatever good is asked for Allah is granted.

3. Perform four rekaats Naf’l prayer
In each rekaat recite Surah Fatiha once and Surah Iklas 50 times. Allah will forgive 50 years of sins and a palace will be prepared in paradise. (Rahatul Kulub)

o Hold Meetings on Ashura Day
Holding of religious meetings during the first 10 days of Muharram, specially on Ashura day, is lawful (Ja’iz) and it caries a lot of reward.In these meetings, speeches are made about the heroic deeds and virtues of the martyrs of Karbala. These meetings crease a sense of stability, peace and endurance in the hearts and minds of Muslims. On such occasions speeches should also include stories form the lives of Khulfa-e-rashedean (Rightful Caliphs) and other As-haabs (companions).

Fatiha and Isal-e-Sawaab
Fatiha and Isal-e-Sawaab is a way of sending rewards of good deeds to the souls of our beloved Muslim realtives, friends, scholars, Saints and Prophets who are no longer with us. Fatiha and Isal-e-Sawaab is lawful (Ja’iz) and strictly in accordance with the tenets of Islam. Some people, due to their ignorance, consider Fatiha and Isal-e-Sawaab as Haraam and Bida’at, but they are not right.On Ashura day, Muslims make Fatiha and Isal-e-Sawaab for the souls of Imam Hussain (Allah be pleased with him) and other martyrs of Karbala. For this purpose Muslims prepare sweet dishes, cold drinks (sharbat), fruit etc, and distribute these among relatives, friends and the poor.

Fasting on Ashura Day
Fasting on Ashura day carries a great reward. It is better to fast both 9th and 10th of Muharram. Our beloved Prophet Muhammad (Peace and blessing of Allah be upon him) has said that this is the most rewarding fast next to Ramadhan. Our beloved Prophet has also said that fasting on Ashura day will compensate for one year’s sin.
(Tirmidhi Sharif)
It is said that when Prophet Nuh (Allah’s blessings be upon him) landed safely on mount Judi, after the flood, he along with others, including birds and animals, observed a fast on Ashura day to thank Allah
(Tafsir-e-Sawi)

Hazrat Hafsah (Allah be pleased with her) is reported to have said that our beloved Prophet practised the following four things without fail:
1. Fasting on Ashura day
2. Fasting during the first nine days of Zil-Hajj
3. Fasting for 3 days in every month (13th, 14th and 15th of each Islamic month)
4. Two rakaat sunnah prayer of Fajr.
(Nasai Sharif)

Hazrat Ibne Umar (Allah be pleased with him) has reported that our beloved Prophet Muhammad (Peace and blessings of Allah be upon him) said that fasting on Ashura day is equivalent to the reward of fasting for one year.
(Ma Ssbata Bis-Sunnah)
In the light of the above references all Muslims should observe fast on Ashura day.

sumber

Semoga kita memperolehi keberkatan dari-Nya...

Monday, December 5, 2011

Kosong Vol.6

Dinner: Done - Gardenia blueberry waffle

Aktiviti semasa: nonton how i met ur mother (marathon) - disc 3, season 3.. But hati melayang ke sana..

Miss moi boys!


Berbudi pada tanah

Bukan bercucuk tanam kat farmville tapi yg realnya..pakai tanah, baja, benih..kena siram (now dah tak kerap-asik hujan)..

Yess..my berbudi pada tanah telah mendapat hasilnya.. Tima kasih buat mr.hasben tolong beli benih and my dad yg tolong look after my babies time i kat sini..my babies aka pokok kacang bendi dah menjadi.. Aku dah ukur, baru sejengkal pepokok tu, but semua dah galak berbunga & berbuah... Cute... Saya suka..saya suka...

Presenting my babies:

Thursday, December 1, 2011

December 2011

Sedar tak sedar dah di penghujung 2011.. Cepatnya masa berlalu.. Pencapaian setakat ini alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya tapi aku dah cuba setakat termampu.. Yg x dapat tu, bukan bidang kuasa aku nak tentukan.. Mungkin belum rezeki..usaha lagila tahun depan..

Bln ni mungkin agak bz..dgn SKT.. Dgn nak settle kerja2 yg spatutnya tutup file tahun ni.. Sooo.. Kerja kerasla sellaa wehh.. And hujung tahun ni, mungkin ada rewards kot... Cotii... Insya Allah kalo tadak apa2 aral melintang ber'roadtrip' lagilah kami..tak sabarnya nak berjemur kat pantaiii itu...

Happy december yahh!!

Wednesday, November 30, 2011

Kosong vol.5

Rinduuuu...

Kedai RM1.90

tatau la kat tempat lain.. tapi kat area utara ni banyak la kedai RM1.90, RM2.00.. kiranya mostly barang dalam kedai tu harga 1.90 or 2.00 la....  jarang masuk kedai tu.. but smalam aku bawak my sis, dompot & my nephew gi kedai tu.. kat area umah parents aku ja.... sonok betoi memasing tawaf dalam kedai tu... aku pun sonok.. macam2 benda dari harga sembilan posen ada dalam tu.... main amik2 je....

dompot cam masuk syurga la... memainan kecik2.. ben10, angry bird semua ada..... memula aku amik jam ben10 tu kat dia... ok le... singgit semilan je...aku dah ajar dia dulu... kalo amik barang kat kedai, kena letak atas kaunter cashier.. dia pun pi  la letak... pastu dia nampak puzzle angry bird... sukatik dia ja amik senirik pi letak kat kaunter...sebaik la mak ko ni tak bawak ko pi Toys R Us... main amik letak kaunter je, mau botak kepala.. hehehehe......

bila time nak bayar, puas ati gak... barang dapat sebag plastik... bayar baru dalam doploh inggit je.. hehehehe....sonoknya kalo dok kampung...... belanja sangat berhemah sekali.. hehehehe.....


Tuesday, November 29, 2011

Red hot baby nemam

Skrg kat proton service centre. Bkn major service pun.. Alarm system ja mengong skit.. Sat sat takleh on.. Sat2 takleh bukak pintu. Problem gak la nak bawa p mana2.. Cam mlm tadi, kat parking kat town takleh bukak kunci..gelabah pari2 kami time tu.. Godek2 kunci, tukar batt.. Baru bleh on..

Dah kena camtu baru ada hati nak mai service. Cek skali pintu yg takleh bukak manually. Bahaya gak tu. buat jd cam smalam, pintu lak takleh bukak manual, mau tinggal camtu ja kat parking..

Arini terpaksa la korbankan cuti lagi.. Adehhh... Ni ntah berapa lak nak kena charge nihhh... Adehhh..

Friday, November 25, 2011

Dimamah usia

Skrg kat umah my pakngah (abg my dad).. Dia kena serangan darah tinggi sama sehari dgn my dad. My dad dah ok but dia masih tak ok.. Kurus, and now terlantar.. Sangat sedih tgk keadaan dia..

Aku mmg sgt rapat dgn p. ngah.. Since kecik2 lg.. Aku dgn anak p.ngah sebaya..kami dari tadika sampai darjah 6 p.ngah yg hantar & jemput kami dr sekolah. Kdg2 naik keta kdg2 naik vespa. Sonok betoi time tu. naik vespa bertiga.. Lajuu. Bila masuk tingkatan 1, kami dah jalan kaki ke sekolah. P.ngah dah tak hantar & jemput but masih tetap ke sekolah esp time amik report card...Dia amik report card my kazen, tumpang amik mine skali..

So bila p.ngah dah tak terdaya camni, terasa sedih jugak la...nampak uzur sangat muka dia.. Cengkung, badan pun kurus..Rasa nak mengalir air mata tengok keadaan dia skrg...

Ya Allah.. Sembuhkanlah p.ngah..

Thursday, November 24, 2011

ini tidak adil...tidak adil....

sian Yuna.... dah menang but ditarik balik... satu program besar pun buleh buat salah memalukan tu..... salah kira markah cam lawak ja kan... emmm... ntah apa apa je.... malu wooo orang tu... naik stage amik trophy bagai, last2 kena tarik balik..... bertabahlah Yuna.....

my iphone jadik mengong skit arini.... dah restore.. tetiba hanged lak.... gelabah lelabah sat ai tadi.... baru tau, google sana sini, baru tau... nak restart iphone kena tekan Wake/Sleep button serentak... kalo tak hanged sure sampai detik ni pun tatau function nih.. hehehehee....ni kena restore balik sesatu.... adehhhhhh....bercintaaa

cantiknya pelangi

Tuesday, November 22, 2011

Permata Hati

Lunch break tadi pegi tgk wife our colleague kat hosp. bersalin.. Aloloooo..cutenya baby diaaa.. Baby gal.. Sangat gebuuu.. Terus dan dan rasa nak ada baby lagi (minus the labour pain...heheh)... Tahniahla buat mr.N and wife.. Dah dua puteri dorang...

Skrg ni gi mana2 sure org tanya bila nak tambah lg? Bila dompot nak dpt adik?? Bkn tanak kannn... But dgn masalah pjj we all ni, mmg sgt tak mudah la..Insya Allah, ada rezeki adala nanti....

My pengarang jantung..




Tahniah Harimau Malaya...

Tahniah buat skuad harimau malaya....
sonok layan game malam tadi walaupun dada debar abis....
sonok joget lompat2 ngan dompot bila mesia score...
sonok..sonok.....

tahniah buat semua pemain..

Friday, November 18, 2011

memacam la pc nih..

tatau pasaipa browser IE takleh nak bukak blog nih... letih ai dok godek2 tau... sebaik pakai safari ni leh bukak lak..... how i wish i ada sbijik mac gedabak kat depan mata i nih.. hehehehe....

arini jumaat... saya suka hari jumaat.... rasa cam semalam je baru datang sini.. hehehehe.. memang smalam pun baru start keja... kan sonok kalo keja 2 hari, pastu off, pastu keja balik..... sure productiviti aku meningkat dari hari ke hari.. hehehee

selamat berhari jumaat ye.....


Thursday, November 17, 2011

Under the weather

Pergilah wahai flu.. Kejap runny kejap blocked nose ni sangat tak cool okay..

Blanket on.. Socks on.. Meds taken... Now, tidurlah mata...

**Susah gak napas kot mulut nih...huhu

Monday, November 14, 2011

Mari jaga kesihatan

So aisy masih di ward, my mom masih demam, subuh tadi dompot demam.. And mlm ni aku lak start seram sejuk, sore throat & idung dah start berair... Adehhh.. Arini dah EL jaga dompot.. Takkan esok nak sambung lg..

Harap2 by subuh esok dah kurang la.. Tak sonok lak asik cuti ja this month...

Sunday, November 13, 2011

Poor lil aisy

My nephew admitted smlm. High fever, jatuh & tarik atas pangkuan aku.. Sian tgk badan dia kejung2.. Muka semua biru.. My sis basahkan badan dia sampai aku skali basah.. Pastu we rushed him to hospital.. And as expexted, admitted..

Ni dah masuk hari ke-2.. Katanya temperature dok tinggi lagi.. Siaann aisy.. Ptg nanti p lawat skali lagi kot..

Aisy, get well soon ya

Friday, November 11, 2011

11.11.11


cantiknya tarikh harini.... kabarnya kat china ramai bakal2 mak request untuk c-sect hari nih.. ong katanya....

as for me... tadak apa2 yg special pun.. just number cantik utk dicapture je....hehehe...

Thursday, November 10, 2011

cabaran punya anak 2 tahun

last nite aku merajuk dgn dompot... rasa kecik hati mak mak aku nih... dia amik tin mr.potato yg kopoknya dah lemau... mmg dah letak tepi utk buang...my fault gak la sbb tak buang2 kan... so dia amik tin tu, bukak.. and i menjerit la kata NOoo.... baru aku nak capai, zassss.. dia tuang isi dalam tin tu penuh atas carpet dlam bilik tu..... geram ai tauuu...berselerak atas carpet... i amik tin tu, i hentak atas lantai...

nak pukul anak cam tak sampai hati lak kan..... dia pun cam takut la mak dia ni naik antu... aku soh dia pegi kluar while aku kemaskan cebisan kopok atas carpet tu... dah lama skit, aku pun kuar, bawa baju keja gi bilik blakang utk iron... tengok dia dok mengendeng ngan my mum.. aku wat tak nampak je... masuk bilik tu, terus kunci bilik.... dengar dia ketuk.. still tak layan..pastu dia senyap je... dah settled iron suma, dia datang dekat...bawak anak kambing & bantal busuk dia... sign dah ngantuk la tu.. aku settled raga susu dia, and ajak dia masuk bilik.... terus tido tanpa banyak songeh lagi... tepon aku pun dia tak mintak.. kalo tak, asal naik katil je nak pegang tepon.....

bila dia dah lali2 tu, adehh.. sejuk terus hati... rasa cam bersalah je merajuk ngan anak senirik..budak kecik umur 2 tahun lak tu.. apa dia tau kan.......masa tu wat sesi luahan perasaan dgn dia.. ckp kat dia jgn wat camtu lagi... jadik budak baik... method ni aku baca kat mana tah.. katanya time dorang dah lali2 ni, elok ckp2 ngan dorang... sebab otak dorang tengah berjalan.. camtu la lebih kurang....harini pagi2 aku dah tepon dia.. just to let him know that aku masih sayangkan dia no matter what......

adehhh... tu baru sorang... cmana la org yg handle anak 3-4 orang tu ekkk... heheheee....


Monday, November 7, 2011

Ceritera Aidil Adha

Harini dah raya ke-2. This year beraya secara sederhana saja.. Pagi2 kat umah my parents then terus balik perlis. Mr.hasben & MIL wat korban tahun ni. Kiranya skerat hari abis utk hal korban ja. Dah ptg skit balik umah my aunt as dorang host open house utk this year..my parents & siblings suma dah tunggu sana. Sonok dpt kumpul ramai2..

Harini santai ja. Tghari baru kuar umah. Gi umah my uncle & terus balik perlis. MIL wat open house mlm ni. Ramai gakla yg dtg. Ni lari kejap rehat.. Hehee..

Rasanya tg meriah raya ni dgn dagingla..kiri kanan rumah semua pakat2 wat korban. Pastu bersusun2 wat kenduri. Mmg niat memasingla kan.. Cuma terdetik gak, tujuan wat korban ni nak bg sedekah pd yg memerlukan. Cam skrg ni, jd cam trend lak wat makan2 amongs families..bbq la, satay la..agak2 berapa kerat je org2 susah dpt merasa? Sorang dpt sebesar tapak tangan? Yg pasti, hospital pasti packed minggu nih... Bahana terlebih daging...

Wallahualam...

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha..



salam aidil adha... maaf zahir batin....

Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah

Dah dpt result ujian darah aritu.. alhamdulillah.. darah, kolestrol, gula semuanya okay.. saya sihat..... takut la jugak bila org sekeliling nih start sakit2 kan.... pasni kena maintain la... jaga makan minum dengan lebih baik... and kena workout balik.... training volleyball pun dah stop skrg.. hari2 hujan....
rasanya kena carik cd workout dalam umah je la pasnih......beringat sebelum kena kan.....

marilah menjaga kesihatan.....

Dah nak raya..

Lusa dah aidil adha.. Rasa cam baru ja sambut aidil fitri. Tapi alhamdulillah la.. Smlm dengar satu ceramah kat radio, raya ni (puasa & haji) merupakan hadiah daripada Allah selepas kita berkorban mengerjakan ibadah puasa & haji. Macam rewards la.. Sbb itu dua2 hari ni kita diharamkan berpuasa.. Alhamdulillah

As for aidil adha ni, mmg x prepare baju apapun. But my mom will cook cam biasala. Mr.hasben pun ptg ni br tolak balik dr keyell.. Jenuhla dia bersesak2 dgn warga kota balik kg.. Slmat jalan ya suami.. Hati2 memandu..

Skrg ni aku kat pusat kesihatan.. Tgh queue nak jmpa doc utk view my result blood test amik aritu..harap2 semua ok la...

Thursday, November 3, 2011

Mangsa Fesyen??

Stelah lebih kurang 5bln tak langkah border, last month kami sekeluarga telah memergikan diri ke hadyai..(baru nak update arini??..hueehuee..)

Sekali skala kluar dari kepompong adalah seronok. Asalnya nak soping baju bajan tp dgn cuaca dgn kalut terus hold dulu lah..Biar mr.hasben beli barang basikal dia je dulu..nanti2 leh gi lagi..

dompot teruja ngan barangan jualan kat flea market

Tp ada satu kejadian nih..ntah apa2la pesen hijabis kat sana nih... Pakai tudung belit2 bagai tp pakai dress senteng & lagi sakit mata - jarang.. Nampak betis y'all..i cant help but snapped their pics...adehhh..nak berpesen tu buleh, but taula batas2 kan...sakit mata ai tau..
1. Skirt Pink jarang lagi senteng + legging
2. short sleeves, skirt grey jarang lagi senteng , no legging

It breaks my heart..

Tuesday, November 1, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran - Muhamad Aduha bin Rosli

Another Birthday Together
Your birthday marks another year together;
Such happy times, I couldn’t ask for more,
Spending precious minutes, hours and days
With you, my love, whom I cherish and adore.

We’ve shared so much, we two, in love and friendship;
Each year our bond just seems to grow and grow.
I always want to be right next to you;
To be with you means more than you can know.

You’re always there for me with a loving smile;
I’m never happier than when I know you’re near.
I thought my love for you could not grow stronger;
And yet I love you even more this year.

It’s your birthday, but I got the gift--
You in my life for another year.

 By Karl and Joanna Fuchs

Selamat ulangtahun ke-32 mr.hasben... i luv u sampai hujung nyawa...

Monday, October 31, 2011

Get well soon, son!

Tadi called rumah, my sis kata dompot demam...adehhh...siannya my lil dompot... Mungkin sbb tadi aku angkut dia p fetched her causin fr kindie..mmg panas gile tghari tadi..patut la dia lentok je masa antar dia masuk sblm i left tadi...huhuuu.. Siannyaaa...

Get well soon son.. Momma sayang aqeel banyak2...

birthday eve...

esok 1 November 2011, ulangtahun kelahiran mr.hasben yg ke-32 tawon... sangat sedih sbb mr.hasben takde kat sini.. ni 2nd big events yg kami smbut dari kejauhan.. 1st our anniversary.. and 2nd his bday la...

anyhooo... buat mr.hasben, jgn lupa hadiah utk saya ye... eh? hehehee... tak kira la.... pasaipa u tadak dgn i kan..... jgn lupa, i nak hadiah...

emm.. 1 November 2011 gak hari majlis perkahwinan we all... dah 3 tawon since i last mekap beria.. hehehee.....

aksi shy shy cat atas katil.. ekekeke...

Thursday, October 27, 2011

Kosong vol.4

Sunyinya....td called dompot..sonok dengar dia cerita tentang harinya tanpa kami di sisi.. Dah besar rupanya anak aku ni..rasa cam baru lagi terumbang ambing kat katil labour room... Hehehe...

Tak sabarnya nak balik peluk cium budak kecik nih esok...ayahnya kena hold dulu..minggu dpn br dia abis kursus..hehe...
@ hadyai last 2 weeks

happy diwali..

semalam bercuti @ kg bersempena ngan cuti hari deepavali... lepak umah aja lah since mr.hasben berada di luar kawasan (awatla lama bebeno kursus u nihh??)..... tengahari tu andak sekeluarga dtg lunch kat umah.. kira meriah gak la.... lagipun cuti shari je..emmm.. wonder gak apsal cuti deepavali shari je?sian all the hindus terpaksa amik cuti senirik....kalo cuti dua hari cam perayaan hat lain, leh la sama2 menumpang cuti... nama pun satu mesia kan.. ekekekeke...


arini terpaksa la kembali ke sini untuk bertugas.... sangat kurang motivasi... nak cuti..nak cuti.... ayuuuuu.. meh kidnap aku pi korea......errrr..... tapi cuti saya tinggal berapa kerat je lagi tawon nih.. uwaaaa...

ni gambo last week.. pow mr.hasben sblm dia berangkat ke kl.. ekekeke....


sepetnya mata ko nak......


Tuesday, October 25, 2011

October 25, 2011: 3rd Anniversary

Terima kasih hadir dalam hidup
Terima kasih terimaku seadanya
Terima kasih utk permata hati
Terima kasih bahagiakanku
Terima kasih utk kasihmu
Terima kasih utk 3 tahun yg indah


Lelebiuuuu...
(wish u are here...sobsss..)

Monday, October 24, 2011

Kosong vol.3

Betoi tatau sequel nih...nantila ai double check..

Arini kembali ke sini atas tuntutan tugas. Lepas 5-6hari lepak kg, kemalasan nak balik tu mmg x dpt nak dibendung lagi. Pagi tadi kami laki bini membelah utara selatan. aku masuk pulau while mr.hasben ke ibu kota.. Dia akan berkursus selama 2 minggu. Program depa nie manjangnya meleret..sian anak bini ditinggal2kan. Mr.hasben akan balik 2 hari sblm aidil adha. Buat mr.hasben: jgn sedih berpesta cahaya sorang2 di sana ye..hehehe...

Adeh...rindunyaaaa...rindu anak di kampung..miss suami nun jauh di sana..

mari menjaga kesihatan lagi...

sejarah perubatan dan masalah kesihatan yg timbul sejak kebelakangan ni di kalangan keluarga dan kenalan membuatkan aku jadi takut.... susulan dari appointment yg dibuat last two weeks, pagi2 tadi aku dah bertangga di zon klinikal pusat kesihatan uni ni utk amik darahh.. wohhh.. ngiluuuu.. tingat masa pregnant dulu.. asik cocok2 amik darah ja.... tengok nurse dok pegang syringe tu pun dah buat aku ngilu... masa dia start cocok tu aku dah paling muka kot lain sambil terkejit2 mata.. wahahahah..ngilu sehhhh.....satu tiub wooo dia amik darah....result probably dlm minggu ni gak...hehehee.. harap2 my darah suma ok la....

emmm.. my dad pun makin ok.. cuma my uncle (abg my dad) still tak turun lagi blood pressure dia... depa dua beradik kena hari yg sama... my dad masuk kmc while my uncle kat hospital kerajaan.. but donno la mana silapnya, dia tak admitted.. darah still tak turun.. muka kebas sebelah..gerak banyak pun tak boleh... katanya disuruh balik kerana takda kekosongan katil.. huhuuu.... ni dia kat rumah la.. my aunt yg jaga... dua kali gak we all gi melawat.. masa sama keadaan.... moga dia cepat sembuh la....

Wednesday, October 19, 2011

Abah warded

Live update from Kedah Medical Centre:

Abah dah stabil. Dah pindah masuk ward dari bilik icu. Doc kata darah naik tinggi. Gula pun tinggi. Jantung so far ok. Td pagi dah pegi cek jantung wat senaman fizikal. Tengah tunggu apa keputusan sblm bleh discharge. Harap2 semua ok la.

Mlmni abah tido ward lg la..