Tuesday, May 26, 2009

terpadamlah peta Kampung Tok Bidan....

Kecoh pertahan rumah daripada diroboh MBAS

ALOR SETAR 24 Mei - Suasana di Kampung Tok Bidan di sini hari ini kecoh apabila lima keluarga mempertahankan rumah masing-masing daripada dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Malah seorang ibu yang masih dalam pantang bersalin, Siti Zaleha Ahmad, 30, meraung dan meminta tolong supaya rumahnya tidak dirobohkan sehingga dia rebah dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk mendapatkan rawatan.

Kelima-lima keluarga yang mendiami enam buah rumah di kampung berkenaan dikatakan enggan berpindah kerana mendakwa masih belum mendapat wang pampasan tanah seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar dua tahun lalu.

berita penuh (kredit to utusan)

-----

last saturday merupakan hari terakhir baki sedara mara ku yg masih tinggal di kampung lamaku menjejakkan kaki ke kampung itu... sedih jugak kerana situ la tanah tumpah darahku..... dan cara mereka diusir keluar, emmm....sangat menyayat hati....... my dad yg turun bersama2 dengan sedara mara yg lain untuk menunjukkan rasa sokongan, dan berharap agar keputusan merobohkan rumah ditangguhkan sehingga semua pembayaran yg sepatutnya diterima telah dibuat hanya mampu menyaksikan rumah2 yg ada dirobohkan... sia2 aja usaha mereka..... mereka yg masih tinggal di situ tetap diusir dan rumah mereka dirobohkan.......

maka, tanggal 24 May 2009, terpadamla nama Kampung Tok Bidan dari peta malaysia......

3 comments:

Ayu RMS said...

duhh so kenangan that areakan...

ruined sue said...

ha la...baru dlm 25 tawon dok situ pun dah terasa sentimental...... tambah pulak org2 tua yg waris dari mak pak dorang....

Anonymous said...

wah, hilang lenyap Kg. Tok Bidan akhirnya dirobos oleh Melayu Terbilang!

berpindahlah Zul roti canai dan family, abang G, pak ya, bumek dan family, berselerak di alor senibong

oh hilang lenyap Kg. tok Bidan, dilapotpo patakungsi oleh Melayu Terbilang, One Malaysia